This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, September 30, 2013

Falsafah, Visi & Misi



FALSAFAH SEKOLAH
Bahawasanya kepandaian, kebolehan, dan kesopanan individu boleh dididik, dilatih, dan diasuh untuk mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berwibawa dan berakhlak mulia.
 
VISI
SMK Idris Shah menjadi sekolah berkualiti menjelang tahun 2015

MISI
SMK Idris Shah melahirkan pelajar yang berkualiti dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah secara cekap, tepat dan berhemah menjelang tahun 2011 hingga 2015.

Lokasi Sekolah

SMK Idris Shah,
Jalan Kopisan,
31600 Gopeng,
Perak Darul Ridzuan
Tel/Fax:05-3591314
emel: smkidrisshah@gmail.com
Facebook: SMK Idris Shah (Official Site)


View Larger Map

Sejarah SMK Idris Shah Gopeng

SMK Idris Shah Gopeng mempunyai rentetan sejarahnya yang tersendiri. Ianya bermula pada tahun 1962, bila pelajar-pelajar tingkatan 1-aliran Inggeris telah menyambung pelajaran mereka di Government English School setelah tamat darjah VI di sekolah yang sama, iaitu di SRK Gopeng pada masa ini. Pada waktu itu juga terdapat Tingkatan 1 sekolah lanjutan yang merupakan sebahagian daripada pelajar di Government English School, tetapi oleh kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi, mereka belajar di SRJK (C) Man Ming. Kemudiannya, pelajar di SRJK (C) Man Ming ini berpindah pula ke SRJK (C) New Kopisan.Pada awal Januari 1965, hasrat untuk mempunyai bangunan sekolahnya sendiri tercapai apabila bangunan sekolah ini siap dan digunakan pada April 1965 dan dinamakan Lower Secondary School, Gopeng.
                    Pada tahun 1965, sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok A, B dan C termasuk 2 buah makmal, 1 bilik Sains Paduan dan sebuah kantin.Bilangan pelajar pada waktu itu adalah seramai 533 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 30 orang guru.Pada tahun 1964, hanya ada sebuah kelas tingkatan 3.Para pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SRP akan menyambung pelajaran Tingkatan IV disekolah-sekolah di Ipoh atau Kampar.
Pada tahun 1965, Lower Secondary School Gopeng telah mengambil para pelajar tingkatan 1 dari aliran Melayu, dimana calon dari kedua-dua aliran ini mengambil pepriksaan Sijil Rendah Pelajarannya pada tahun 1967.Pada waktu itu terdapat 2 buah kelas aliran Melayu dan 3 buah kelas aliran Inggeris.
                    Masa terus berlalu dan sekolah ini terus berkembang dengan pesatnya terutama sekali dengan pertambahan murid-muridnya. Pertambahan murid ini telah membawa kepada perlunya pertambahan bilik-bilik darjah, di mana blok D telah ditambah pada tahun 1975, blok E dan F pula telah dibina.Dengan siapnya kedua-dua bangunan ini, maka sekali lagi sekolah ini telah mengukir sejarahnya tersendiri di mana sekolah ini kemudiannya dinamakan SMK Idris Shah, Gopeng mengambil sempena DYMM Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Idris al-Mutawakkil Allahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan pada 10 Ogos 1976 oleh Paduka Seri Sultan Perak sendiri bersempena dengan keputeraan Baginda yang ke-52.